Padang Jawa banjir kilat, kanak-kanak sekolah ini gembira ke sedih?
Petang semalam, beberapa tempat di sekitar Shah Alam dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan melanda daerah berkenaan.
Susulan itu, pelbagai rakaman video berkaitan banjir kilat itu kini berlegar-legar di platform media sosial.
Apa yang menimbulkan persoalan netizen adalah berkenaan satu video menunjukkan murid di sebuah sekolah sedang ‘meredah’ banjir sambil dibantu guru-gurunya.
Dalam ruangan komen, wanita itu seakan-akan nak tahu perasaan murid-murid tersebut yang sedang meredah air.
“Aku cuma nak tahu, budak-budak yang redah air ni sedih ke gembira?? Kalau aku di waktu itu aku rasa gembira sebab dapat main air. Seronok jadi kanak-kanak tanpa fikir masalah sebenar banjir kilat ni,” tulis wanita itu.
Bagaimanapun, ada juga ibu-bapa yang seakan-akan emosi melihat video tersebut.
“Ya Allah kalau anak aku dekat situ.. mau nya aku menangis sambil paksa suruh laki aku ambik..,” kata Yuya BP Oyy.
Dalam banyak-banyak komen, terdapat satu komen daripada netizen yang merupakan ibu kepada murid di sekolah berkenaan.
Menurut Putri Sarirah, beliau mengakui itu sekolah anaknya dan guru-guru banyak membantu membawa anak-anak ke tempat selamat.
Seorang lagi warga maya dikenali sebagai Rossiyah pula menzahirkan rasa simpati kepada semua.
“Kesian pada semua.. lepas air surut letihlah nak bersihkan kelas pulak… Diharapkan semua warga sekolah tu sihat dan selamat..,” tulisnya.
Berdasarkan laporan media semalam, longkang tersumbat dengan sampah sarap menjadi punca kejadian banjir kilat di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Ahmad Nazmi Halil berkata, pihaknya hadir ke sekolah tersebut kita-kira 5.07 petang semasa pemantauan banjir ekoran daripada hujan yang agak lebat dan berterusan.
BACA JUGA ‘Makan dalam’ betul amaran jangan buang sampah, insaf baca