Siasatan nahas Ebrahim Raisi dah selesai, ini rupanya punca helikopter terhempas
Keadaan cuaca dan ketidakmampuan pesawat untuk menampung berat yang dibawa merupakan punca nahas helikopter yang mengorbankan bekas Presiden Iran, Ebrahim Raisi pada Mei lalu.
Dua punca kemalangan itu dikenal pasti menyebabkannya terhempas ke gunung, lapor agensi berita Iran, Fars memetik sumber keselamatan.
“Siasatan dalam kes nahas helikopter Ayatollah Raisi sudah selesaiā¦ ada kepastian sepenuhnya bahawa apa yang berlaku adalah disebabkan kemalangan,” menurut sumber yang tidak dinamakan memberitahu Fars.
Siasatan menunjukkan helikopter terbabit membawa lebih dua individu daripada kapasiti yang ditentukan oleh protokol keselamatan, kata sumber itu kepada Fars.
Pada 19 Mei lalu, helikopter yang membawa Raisi, bersama sejumlah pegawai kanan dilaporkan terhempas di barat laut Iran ketika mahu mendarat di wilayah Varzaqan.
Laporan awal oleh tentera Iran memaklumkan pada Mei bahawa tiada bukti sabotaj atau serangan ditemui setakat ini ketika siasatan terhadap nahas itu.
Pemimpin itu sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis perasmian empangan di sempadan Iran-Azerbaijan, apabila helikopter dinaikinya itu terhempas.
Pelapis tegar dan berpotensi pengganti Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei itu, terbunuh dalam nahas di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Azerbaijan.
Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian; Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur, Malek Rahmati; Imam Solat Jumaat di Tabriz, Hojjatoleslam Al Hashem; dan beberapa pegawai lagi dipercayai turut berada dalam helikopter berkenaan, menurut laporan itu.
Cuaca berkabus dan keadaan kawasan terbabit yang sukar dilalui menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berdepan kesulitan.
BACA JUGA Penangan Ronaldo, dah 9 juta pengikut langgan saluran YouTube