Penyokong pembangkang sakit hati tengok Rafizi, ‘relaks’ je tuan badan balas balik
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata ada segelintir penyokong pembangkang yang sakit hati melihat beliau turun berjumpa penduduk di Parlimen Pandan.
Rafizi menyertakan beberapa tangkap layar komen pengguna media sosial yang menyaran Rafizi meletakkan jawatan kerana seolah-olah tidak melakukan tugas sebagai seorang menteri.
Tidak melatah, Rafizi berkata beliau sejak dahulu lagi sering turun ke padang berjumpa penduduk dan ia adalah formula paling berkesan untuk mengetahui masalah penduduk sekitar.
“Ada orang yang sakit hati bila saya berjumpa orang ramai di kaunter bergerak saya.
“Sakit hati kononnya sebab masih mencari formula saya sebagai menteri, tiba-tiba saya sibuk berjumpa orang ramai di Pandan.
“Formula saya berjumpa orang ramai di kawasan Parlimen saya adalah formula lama yang saya telah amalkan sejak sebelum saya jadi ahli parlimen lagi.
“Itu hak penduduk Pandan ke atas saya sebagai wakil rakyat Pandan,” katanya dalam satu video di X.
Beliau sempat membalas balik kepada penyokong pembangkang supaya lebih baik cari wakil rakyat mereka yang hanya muncul di TikTok tetapi tidak di lapangan.
“Kepada penyokong pembangkang, jangan sakit hati cari formula saya sebab formula khidmat kepada pengundi melalui kaunter bergerak ini telah dibuktikan berkesan.
“Carilah wakil rakyat pembangkang yang hanya muncul di Tiktok dengan isu panas tetapi tak nampak muka di lapangan untuk menyelesaikan masalah harian rakyat.
“Selamat mencari, jangan banyak sakit hati!,” ujarnya.
BACA JUGA Malaysia cipta sejarah, eksport durian segar pertama ke China hari ini