Jadi juara Piala FA tiga kali berturut-turut, ringkas saja reaksi Tunku Ismail

Ringkas sahaja reaksi pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas kelab berkenaan memenangi Piala FA menewaskan Selangor FC.

JDT berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA tiga kali berturut-turut selepas membelasah Selangor FC 6-1 dalam final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

“No comment (tiada komen),” tulis Tunku Ismail ringkas dalam hantaran di akaun media sosial baginda.

Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor turut berkongsi hantaran bertulis “Why comment? Just win baby…”

Terdahulu, JDT mengundang tanda tanya dalam kalangan wartawan sukan apabila pembantu jurulatih Jose Lopez dan pemain pertahanan Junior Estdal hanya menjawab ‘tiada komen’ dalam sidang akhbar pra perlawanan, kelmarin.

Malam tadi, gol JDT dijaringkan oleh Juan Muniz pada minit ke-26, 27 dan 89, Arif Aiman Hanapi (m-42) dan Bergson Da Silva (62) dan Heberty Fernandes (76) manakala gol saguhati Gergasi Merah dijaringkan oleh Alvin Fortes (59).

BACA JUGA Ini sebabnya PM Anwar puji Sarawak hebat, semangat ‘Segulai Sejalai’ terbukti