Elok pula UAI cakap berlapik pasal konsert di Kota Bharu

Satu klip video memaparkan bagaimana berlapiknya Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengulas tentang penganjuran konsert di Kota Bharu, Kelantan tanpa menyebut perkataan kesat.

Penceramah mesra Pas berkenaan dilihat tidak pula menggunakan perkataan “bodoh” seperti yang lazim diucapnya sebelum ini.

Sejurus mendengar soalan daripada seorang pemuda, UAI berkata, konsert di Bandar Raya Islam itu bukan dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan.

“Yang kita dapat maklumat bukan kerajaan (negeri) yang buat, NGO (yang anjurkan), swasta yang minta permit untuk mengadakan hiburan.

“Mereka dikenakan syarat tidak boleh ada pertembungan lelaki dan perempuan dalam kalangan penonton.

“Tidak ada pendedahan aurat. Itu bagus dah. Comel lotey kalau nak berikan kebenaran untuk berhibur,” katanya.

Namun, ujarnya, wujud keadaan yang tidak Islamik termasuk aksi menggoyangkan kepala dan pelbagai lagi.

Sehubungan itu, UAI berkata, insiden tersebut sepatutnya menjadi iktibar kepada kerajaan negeri terbabit.

“Pada masa akan datang bukan saja diasingkan penonton lelaki dan perempuan tetapi jenis muzik itu jangan membuatkan penonton lupa diri.

“Betullah kita buat pemisahan antara penonton lelaki dan perempuan tetapi kena tengok juga jenis muzik yang disampaikan kepada orang awam itu,” kata UAI lagi.

BACA JUGA Gambar kereta mewah penceramah ajak mati syahid jangan takut raja tular kembali