Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW ialah bersifat mendamaikan ummah yang saling membina dan mengukuh, bukan saling memusnah dan berpecah – YB Anfal

YB Anfaal Saari menyerahkan Anugerah Daie Muslimah Ikon DAMAI 2024 kepada Datuk Ustazah Jamilah Ibrahim, diiringi Pengarah Wanita Berdaya Selangor, Puan Rawiyiah Zakaria

Datuk Ustazah Jamilah Ibrahim & Dr Siti Mariah Mahmud, dua orang tokoh pendakwah dan pemimpin wanita yang banyak menyumbang kepada pembangunan wanita di Selangor dan Malaysia.

Ustazah Sharifah Zahidah Syed Nooh, Pengasas Quranic Antinote penerima Anugerah Daie Pempengaruh Facebook (lebih 48 ribu follower)

Dr Fatimah Syarha Mohd Nordin Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Penerima Anugerah Daei Ilmuan DAMAI 2024

Dr Siti Sarah Izham, pendakwah & penulis Penerima Anugerah Daie Harapan DAMAI 2024

Dr Huzaimah Ismail, Timbalan Pengerusi Mubalighat Selangor Penerima Anugerah Daie Al Hikmah DAMAI 2024

Dr Shamsiah Mohamad, Ahli Majlis Pengawasan Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad Penerima Anugerah Daie Teladan DAMAI 2024

Turut hadir Dr Mariah Mahmud dan Datuk Dr Zurinah Hassan (kiri), Tokoh Sasterawan Negara yang menyampaikan Sajak bertajuk Mutiara Daie

Daie Harmoni Mendamaikan Ummah – 140 peserta hadirin dalam Konvensyen Daie Muslimahh Selangor DAMAI 2024 bergambar sebagai kenang-kenangan.

Barisan jawatankuasa daripada Yayasan Sofia antara penggerak Konvensyen Daie Muslimah Selangor (DAMAI 2024)

Antara objektif DAMAI 2024 adalah menjadikan platform bagi mengumpulkan daie wanita Islam dan membina rangkaian antara satu sama lain. Menyediakan ruang perbincangan mengenai isu-isu untuk membangunkan negara dalam konteks Islam yang damai dan rahmat untuk sekalian alam, memberi pendedahan kepada peserta mengenai ciri-ciri dan kemahiran menjadi seorang daie dan menyediakan ruang menerapkan keyakinan kepada peserta menjadi seorang daie yang kreatif dengan panduan ilmu.