Sambut Hari Kemerdekaan sambil mengenali kenaf
Sempena sambutan Merdeka pada Sabtu ini Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara turut menyertai sambutan ini dengan mendidik masyarakat berkenaan pertanian kenaf secara komersial sambal menanam semangat patriotik.
LKTN yang diketuai oleh pengerusinya Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan ahli lembaga pengarah akan mengembara 389 km untuk menyebarluaskan kebaikan pertanian kenaf sebagai bahan pertanian mampan yang juga mempunyai tarikan komersial.
Sesi jerayawara yang telah pun bermula di Perak sebelum tiba di Pulau Pinang baru-baru ini menyaksikan LKTN bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sambal membuat lawatan ke pusat tarikan pelancongan di Pulau Pinang.
Konvoi tersebut turut singgah di Tadika Kemas Batu Gajah, Tanah Merah untuk mengedarkan hamper dan Jalur Gemilang kepada kanak-kanak di situ.
Di pusat LKIM di Batu Maung pula, ahli Lembaga pengarah turut mengedarkan Jalur Gemilang dan bermain bola sepak persahabatan dengan LKIM di padang Universiti Sains Malaysia.
Wan Rahim turut mengumumkan bahawa Kerjasama LKTN-LKIM untuk membina jeti terapung menggunakan kenaf.
Menurut beliau ini adalah salah satu kebaikan kenaf yang diperkenalkan dari negara benua Africa lima dekad yang lalu.
Hanya pada tahun 1990an kenaf diiktiraf sebagai bahan alternatif yang berpotensi untuk penghasilan produk seperti papan partikel dan serat.
Di bawah peraturan hijau Kesatuan Eropah, sector perikanan perlu menggantikan bahan plastik untuk peralatan seperti pontun terapung dengan bahan kitar semular atau bahan berasaskan tumbuhan.
Oleh itu, kenaf ialah pengganti yang paling sesuai, kata Wan Rahim.
Bahan komposit kenaf juga digunakan dalam sektor pembinaan dan ia menjadikan rumah lebih ringan dan nyaman, terutamanya dalam keadaan dunia berdepan perubahan iklim.
Wan Rahim menambah bahawa LKTN turut bekerjasama dengan kilang penghasilan makanan binatang kesayangan di Sungai Dua, Pulau Pinang untuk menghasilkan makanan kucing dan binatang lain.
Ia juga merupakan pusat veterinary setempat dengan klinik untuk kucing. Kilang tersebut mengedarkan makanan binatang bernilai RM300,000 yang dihasilkan menggunakan kenaf.
Kini LKTN mempunyai lima perkara tumpuan berkaitan penanaman kenaf, terutamanya rancangan mengembangkan kenaf di Sabah dan Sarawak.
Lima perkara tersebut adalah pengembangan proses kenaf ke dalam komposit serat, makanan haiwan, bio komposit dan “henwood” (yang dihasilkan dari dahan serat)
Kenaf paling sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika yang terpanas di kawasan yang mempunyai kadar kelembapan tinggi seperti di Kelantan, Pahang, Perlis, Kedah dan sesetengah kawasan di Pulau Pinang dan Terengganu.
Wan Rahim turut menekankan perubahan minda dari pertanian tembakau kepada kenaf memandangkan tembakau diharamkan di banyak negara.
Beliau menambahkan jerayawara Merdeka yang diadakan ini adalah sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran berkaitan kenaf yang senang ditanam, diurus dan dituai.