Raih 46 juta pengikut, berapa anggaran pendapatan Cristiano Ronaldo di YouTube?

Bintang bola sepak terkemuka iaitu Cristiano Ronaldo buat pertama kalinya mencipta akaun YouTube sehingga berjaya meraih lebih 46 juta pengikut dalam masa empat hari.

Kapten Portugal ini menggunakan nama UR Cristiano pada laman YouTube dan tidak mengambil masa lama mencipta sejarah tersendiri.

Sehingga kini, jumlah pengikut beliau di Youtube sudah bertambah kepada 46.6 juta dan setiap video dimuat naik mendapat tontonan daripada jutaan pengikut.

Timbul persoalan kini, berapa keuntungan diraih Ronaldo sepanjang beliau menguruskan akaun Youtube tersebut bersama 19 video sudah pun dimuat naik secara umum.

Memetik laporan TheVocket, YouTube membayar kira-kira 6 Dolar USD bagi setiap 1,000 tontonan, yang bermaksud Ronaldo boleh memperoleh antara $1,200 (RM5,217.90) hingga $6,000 (RM26,089.50) bagi setiap satu juta tontonan.

Berdasarkan pengiraan kasar ini, hasil daripada pendapatan iklan dan penajaan yang ditandatangani, Ronaldo berkemungkinan telah menjana lebih daripada $100 juta kira-kira RM434 juta dengan saluran YouTube miliknya.

Ini merupakan satu pencapaian yang luar biasa bagi Ronaldo, berjaya menambah pendapatan dengan pantas melalui platform tersebut.

Meskipun dia mempunyai pengaruh besar di dalam media sosial, tidak bermaksud dia boleh mengalahkan veteran di dalam dunia YouTube iaitu Mr Beast dengan mudah yang mana mempunyai pengikut lebih 300 juta pengikut dengan purata jumlah tontonan lebih 90 juta bagi setiap satu video.

Pada ketika ini, Mr Beast memperoleh kira-kira 400 juta tontonan setiap bulan dan pendapatan iklannya dilaporkan mencecah $5 juta (RM21 juta) setiap bulan.

Walaupun tampak macam mustahil pada ketika ini, CR7 dilihat berpotensi memberi saingan hebat kepada YouTuber nombor satu dunia ekoran populariti Cristiano Ronaldo yang meluas di seluruh dunia.

BACA JUGA Rupanya ini harga Musang King di China