Rupanya ini makna ‘Gentar Nafas’ yang dilancarkan Mohamad

Menteri Pertanian dan Keterjaminan, Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini melancarkan satu inisiatif diberi nama Gentar Nafas 2024-2028 bertempat di Ibu Pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara.

Menurut beliau, Gentar Nafas adalah inisiatif untuk menyahut seruan kerajaan melalui Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional (NACS) bertujuan menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan anti-rasuah yang meliputi semua bidang dan aktiviti organisasi.

”Gentar Nafas merupakan strategi utama yang menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tatakelola dalam organisasi bagi tempoh lima tahun.

”Ia melibatkan lima fokus utama iaitu Pentadbiran, Tadbir Urus Korporat, Perolehan, Kewangan dan Operasi yang akan menjadi panduan kepada seluruh warga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Menerusi inisiatif berkenaan, Mohamad yang juga Presiden AMANAH berharap NAFAS akan dapat mencapai penarafan risiko rendah dalam tempoh tiga tahun yang akan datang.

Beliau berkata, kebersamaan di semua peringkat warga Peladang adalah signifikan dalam usaha meningkatkan sahsiah dan integriti di dalam organisasi Pertubuhan Peladang.

BACA JUGA Apa yang buat pelancong nak datang lagi ke Malaysia? Netizen ini ada jawapannya