Dahsyat duta scammer yang ‘diangkut’, penjawat awam dapat naik gaji sedang diburu

Modus operandi scammer yang menggunakan pelakon, penyanyi dan selebriti terkenal tanah air sebagai duta terbongkar dengan penjawat awam dilihat sedang ‘diburu’ sebagai mangsa penipuan.

Seorang pengguna X, @abamgomen berkata, scammer yang mendakwa sebagai platform menangani masalah kewangan itu akan meminta individu yang dijerat hutang untuk menambah hutang lagi.

“Baru-baru ni, siap bagi surat kat kementerian untuk bagi “taklimat” kepada penjawat awam.

“Ingat penjawat awam ni bodoh ke?” tempelaknya dalam ciapan hari ini.

Beliau yang juga penjawat awam berpendapat scammer terbabit pasti akan cuba memperdaya golongan kakitangan kerajaan yang mendapat kenaikan gaji.

Sementara itu, Ehsan Zakaria pula menyifatkan scammer terbabit yang sedia menjadi “pendengar serta pembimbing” seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) versi swasta.

Namun, beliau tertanya-tanya sama ada syarikat itu dikawalselia atau tidak oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

“Tiada info tentang lesen. Modus operandi mereka (ejen-ejen) mengejar target berapa banyak amaun pinjaman yang dibuat oleh pelanggan bagi tujuan kambus hutang lama,” ujarnya.

Menerusi semakan Harapandaily, sumber menasihatkan bahawa kaedah platform dengan memberi jaminan bebas hutang yang beralamat pejabat di Subang Jaya, Selangor itu sebagai “sangat-sangat berisiko kepada peminjam.”

BACA JUGA Air naik paras paha, Langkawi dilanda banjir kilat