Lah.. kereta Bently dinaiki PM disediakan kerajaan Sarawak, bukan Anwar punya
Kelibat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki sebuah kereta mewah jenama Bently Flying Spur di Sarawak baru-baru ini menjadi bualan orang ramai.
Difahamkan, beliau hadir bagi merasmikan penutupan SUKMA Sarawak 2024 pada 24 Ogos lalu.
Selepas selesai majlis penutupan, beliau dijemput oleh sebuah kereta di hadapan ‘venue’ berkenaan sehingga menjadi bahan serangan penyokong pembangkang.
Untuk pengetahuan, kenderaan itu disediakan sendiri oleh kerajaan Sarawak untuk mana-mana pemimpin tertinggi yang melawat negeri itu.
Menurut seorang aktivis politik, Syam Ghaz, nombor plat kereta kebiasaannya akan ditukar berdasarkan kepada siapa yang menaiki kenderaan itu.
Namun perkara itu telah disalah erti dan digunakan oleh penyokong pembangkang untuk menyerang kerajaan.
Dalam satu video dimuat naik di Facebook, seorang pengguna mempertikai kereta mewah yang digunakan oleh Perdana Menteri.
“Cakap je tak nak bazir wang rakyat. Ini apa, perlukah kereta Bently yang mahal macam ni,” kata kapsyen dalam video yang dikongsi.
Video itu membuatkan ramai percaya bahawa Perdana Menteri telah menggunakan kereta mewah.
Perkara itu bagaimanapun dibidas Syam Ghaz dan beberapa pengguna lain yang menjelaskan tentang situasi sebenar.
“Posting bodoh. Ini bukan kereta PM. Ini kereta kerajaan Sarawak sediakan untuk pemimpin tertinggi melawat Serawak. Plat akan ditukar berdasarkan kepada siapa yang naik,” katanya di ruangan komen.
“Itu kereta tetamu yang disediakan oleh kerajaan Sarawak. Takkan nk angkut kereta PM di putrajaya bawa ke Sabah dan Sarawak,” kata Mar Wan pula.
“Kerajaan Sarawak sediakan kereta ini untuk PMX semasa penutupan Sukma di Sarawak. Yang walaun sakit hati kenapa? Bukannya PMX beli kereta tu. Ramai walaun tak terima kenyataan,” komen Joewayder.
BACA JUGA Pecah amanah RM271,000, Presiden Majlis Profesor masih terkejut, siapa Kefli Mahpol?