Terkejut kena bayar sewa meja hingga RM20, mudah rupanya nak kaya di Sabah

Tular di media sosial rakaman video memaparkan sejumlah meja ditandakan harga menunjukkan kadar sewa yang dikenakan.

Menerusi klip yang tersebar itu, terdapat meja yang dikenakan sewa sebanyak RM15 malah ada yang mencecah RM20.

Difahamkan, perkhidmatan sewaan kerusi dan meja itu wujud di Pantai Tanjung Aru, 5 kilometer di barat daya Kota Kinabalu.

Ramai terkejut kerana ada yang tergamak mengenakan bayaran setinggi itu jauh lebih mahal daripada petak parkir kenderaan di kompleks beli-belah di Kuala Lumpur.

Seorang pengguna TikTok, Suriah Clamen berkongsikan pengalamannya yang diminta menjelaskan bayaran semasa duduk di kerusi tersebut semasa berkunjung di Pantai Tanjung Aru Bersama suaminya.

“Nampak meja terus duduk. Saya fikir percuma. Malam tidak nampak tulisan tu. Sekali abang tu datang mintak bayar RM15,” katanya.

Ada penduduk tempatan pula memberitahu sebelum ini bayaran dikenakan RM10 tetapi kini mereka sendiri turut terkejut apabila harganya sudah naik melambung.

BACA JUGA Gempar mendapan baharu dikesan di Jalan Masjid India