Apa hukum lumba siput? Ustaz Azhar Idrus perjelas hukum sebenar ramai tak tahu
Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hukum seseorang buat perlumbaan siput.
Menurutnya, hukum asal bagi berlumba adalah harus kerana ia sama ada yang berlumba itu manusia atau haiwan.
Akan tetapi katanya, jika ada perkara yang dilarang agama seperti perjudian ketika berlumba, maka hukumnya berubah daripada harus menjadi haram.
“Lagi disyaratkan bagi harus perlumbaan tanpa bertaruh itu ialah tidak ada pada perlumbaan itu menyiksa haiwan yang terbabit.
“Kesimpulannya perlumbaan siput tersebut jika tidak ada disertakan dengan pertaruhan, maka hukumnya tidaklah haram,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Beliau berkata demikian merujuk kisah tular ketika ini, di mana seorang pemuda dari Langkawi berjaya meraih jutaan penonton dengan hanya membuat siaran langsung perlumbaan siput.
BACA JUGA Harga diesel dari RM3.23 turun lagi 5 sen esok kepada RM3.18 seliter
Â