Rekaan baju merdeka murid ini curi tumpuan, dah setaraf kostum Miss Universe!

Rekaan baju pertandingan hari merdeka yang diperagakan seorang murid sekolah di Terengganu mencuri tumpuan ramai.

Kreativiti yang ditonjolkan pada busana itu membuatkan ramai kagum kerana ia bukan sahaja menampilkan motif batik lukis pada seluar, bahkan turut menggayakan aksesori wau bulan di belakang badan.

Menerusi komen yang ditinggalkan ibu kepada murid berkenaan, wau yang digunakan ditempah khas dari seorang pelukis batik di Terengganu.

Love gila baju merdeka ni, tahniah orang Pantai Timur,” tulis Muhammad Aswad.

Seperti dijangka, ramai yang memuji kreativiti ibu bapa kepada murid berkenaan kerana menampilkan bukan sahaja semangat kemerdekaan, tetapi turut diselit dengan elemen kebudayaan seperti corak batik, sanggul dan wau.

Ada juga yang berpendapat baju yang diperagakan berpotensi untuk menjadi kostum Miss Universe.

“Kalaulah contoh custom ni jadi ilham untuk dipakai Miss Universe mesti gempak ni,” kata Farziy.

“Wau bulan paling mahai tu. Batik lukis semua cantik. Dari atas sampai bawah. Tahniah dik,” komen Fieza Damia.

“Senyuman manis mcm Umi Nazirah. Bakal model tersohor,” kata pula Permaisuri Tuanku Jiwa.

Video itu sehingga kini mendapat hampir 500 ribu tontotanan dengan lebih 14 ribu tanda suka.

BACA JUGA Artis lelaki popular ini dedah pernah ikut ajaran sesat Millah Abraham