Alaa abang bomba dah tak tunjuk bicep, tapi ‘pickup line’ buat ramai cair
Seperti dijangka, kemunculan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) terus menjadi tumpuan utama ketika Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 hari ini.
Namun tidak seperti kebiasaan, abang bomba nampaknya sudah kurang menunjukkan ‘bicep’ mereka. Hanya sesekali sahaja mereka dilihat menunjukkan otot sasa.
Namun mereka tetap mendominasi tumpuan dengan beberapa kain rentang tertera ‘pickup line’ yang membuatkan ramai bersorak dan menjerit.
Antara pickup line yang sempat dilihat, “ku tak hangus di lautan api, tetapi ku lemas di lautan cinta”.
“Abang bomba sado, akak bomba pula sweet kan”.
“Api memang panas tapi anda penyejuknya”.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, anggota bomba sentiasa menceriakan hari rakyat Malaysia dengan aksi-aksi yang mencairkan hati rakyat Malaysia.
Dianggarkan 200,000 orang akan dapat merasai kemeriahan sambutan hari kebangsaan ke-67 tahun ini.
BACA JUGA JPAM berarak sambil kendong Oyen bikin Putrajaya riuh