Rupanya bukan IGP saja, Menteri KPKT juga peserta perarakan hari Merdeka
Bukan sahaja Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Razarudin Husain menyertai perarakan di Dataran Putrajaya semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming juga berbuat demikian.
Malah, beliau mencipta rekod menjadi anggota Jemaah Menteri pertama berbuat demikian apabila muncul berarak bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Ahli Parlimen Teluk Intan berkenaan yang dilihat segak berpakaian seragam pegawai JBPM muncul dengan berada di atas jentera pasukan keselamatan itu.
Beliau bersama beberapa anggota dan pegawai JBPM berbadan sasa dilihat melambaikan tangan ke arah hadirin.
Nga Kor Ming yang juga Ketua Whip Parlimen DAP turut memberi tabik hormat kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Kemunculan wakil rakyat itu di luar kebiasaan protokol sambutan kerana beliau sepatutnya berada di khemah kenamaan bersama pemimpin negara yang lain.
BACA JUGA Lain macam selera, lelaki habiskan sedulang nasi kandar berharga RM372