‘Murahdahni’ berbanding era PN, peniaga ayam goreng dan nasi ayam dah patut turun harga
Pembangkang sebelum ini kerap memperlekeh kerajaan Madani dengan sindiran ‘mahaldahni’.
Sebaliknya,kini netizen berkongsikan trend ‘murahdahni’ terutamanya ayam mentah berbanding era pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dulu.
Seorang pengguna X, @ikarbertweet memberitahu harga ayam standard hanya RM6.99 sekilogram.
Selain itu, katanya, ikan kembung segar berkilat pula dijual RM17.90 sekilogram sahaja.
“Makin murah berbanding dulu. Murahdahni,” tulisnya sehingga menarik perhatian orang ramai.
Rata-rata bersetuju dengan pola penurunan harga ayam mentah di pasaran pada masa ini.
Sehubungan itu, warganet berharap agar peniaga berkaitan daripada kedai makan sehingga peniaga ayam goreng di pasar malam menurunkan harga jualan masing-masing.
“Ayam mentah turun harga RM6.99 tapi ayam goreng pasar malam masih mahal RM4 seketul. Tak turun harga dan potong makin kecil,” keluh @ZZaienal.
Sementara itu, @officialsyafiee pula menulis, “Nasi ayam kebanyakannya RM10. Ayam seketul RM5.”
BACA JUGA Kes lelaki Israel miliki 200 butir peluru: Sebutan semula 30 September