Salah buat keputusan betul, ini musim terakhirnya mendakap Liverpool

Mohamed Salah Ghaly mendedahkan ini adalah musim terakhirnya di Anfield selepas membantu Liverpool mengecewakan juara Piala FA, Manchester United 3-0 di Old Trafford.

Salah yang lincah memakai jersi nombor 11 itu mengumpul jaringan tertinggi untuk pemain pelawat di Old Trafford dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dengan tujuh gol, menjaringkan satu gol dan membantu dua lagi untuk Luis Diaz bagi meneruskan permulaan cemerlang di bawah pengendali baharu, Arne Slot.

Ketika pemain-pemain Liverpool lain meraikan kejayaan, Salah, 32, mendedahkan hasratnya selepas perlawanan itu.

Salah bersama isterinya Magi dan dua anaknya, Makka dan Kayan yang masing-masing kini berusia 10 dan 4 tahun.

“Saya mengharungi musim panas yang bagus, masa yang panjang untuk memikirkan tentang masa depan saya, ini adalah tahun terakhir saya dengan kelab dan saya mahu menikmatinya.

“Saya rasa saya bebas untuk bermain bola sepak – kita lihat apa yang akan berlaku tahun depan.

“Tidak ada sesiapa di kelab yang bercakap dengan saya berkenaan kontrak. Ia bukan di tangan saya, ia bergantung kepada kelab,” kata Salah, memetik Reuters.

BACA JUGA Netizen buktikan video penuh profesor UIA memang sebut Khadijah dari alam Melayu