Selepas Pulau Pinang sebut pasal tuntutan mahkamah, ini respon Sanusi isu caj air
Berlarutan sejak 2010, Kedah akan membawa isu berhubung tuntutan bayaran caj air mentah daripada Pulau Pinang ke mahkamah.
Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, tindakan itu dibuat selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow meminta kerajaan Kedah berbuat demikian supaya ia boleh diputuskan undang-undang.
“Pulau Pinang yang kata bawa ke mahkamah, jadi kita lakukan.
“Dia (Kon Yeow) yang cakap jika nak tuntut bayaran, kena bawa ke mahkamah.
“Dia yang suruh, bukan saya yang nak. Bacalah kenyataan dia, kita akan buat,” katanya, memetik BH Online.
Sebelum ini, kerajaan Kedah dilapor akan terus menuntut bayaran caj air mentah dari Pulau Pinang yang ketika ini mengambil 84 peratus sumber airnya dari Sungai Muda, Kedah.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar negeri, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria, berkata negeri jiran itu masih gagal membuat bayaran walaupun satu sen kepada Kedah biarpun tuntutan dibuat sejak 2010.
BACA JUGA Kes rasuah RM700,000: Apa pihak bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainudin akan lakukan?