Anthony Loke arah kami pastikan BN menang di Mahkota
Naib pengerusi DAP Johor Sheikh Omar Ali mengesahkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook mahu DAP Johor turun berkempen dalam usaha membantu Umno memenangi pilihan raya kecil Mahkota di Johor.
“Tengah hari ni saya dan YB Wong Shu Qi melawat kami punya bilik operasi PRK DUN Mahkota..
“Port cantik..,” kata Omar dalam satu hantaran Facebook ketika melawat tapak bilik operasi DAP yang masih berada dalam proses pembikinan Bersama Ahli Parlimen Kluang.
“Kat corner dari Jalan Mersing ke Jalan Dato’ Teoh Siew Khor..
“Tengah bandar.. memang cun!
“But still in the making.
“Anthony Loke Siew Fook minta kami all out untuk menangkan calon UMNO di DUN Mahkota..
“Insya Allah boss.. kawtim baekkk punya!
“Kita kasi jadi.. Bismillah.”
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini manakala penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September ini.
Mengikut Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang dikemas kini hingga 2 Ogos lalu, DUN Mahkota mempunyai 66,318 pemilih terdiri daripada 61,397 pengundi biasa; 4,410 anggota tentera dan pasangan, 401 anggota polis serta 10 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.