‘Durian runtuh’ RM15 juta buat Harimau Malaya, PM sendiri akan pantau
Harimau Malaya mendapat ‘durian runtuh’ berjumlah RM15 juta apabila Perdana Menteri mengumumkan peruntukan itu dalam usaha memperkasakan pasukan bola sepak negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan sebanyak RM10 juta adalah daripada kerajaan manakala RM5 juta lagi komitmen daripada syarikat swasta khusus untuk kebajikan, latihan dan pengurusan pasukan berkenaan.
“Pada hari ini, mengenangkan banyak masalah dan rakyat terutama orang muda minat mengenai bola sepak, saya mengambil keputusan untuk secara peribadi memantau dan membantu memperkukuh pasukan Harimau Malaya di Malaysia.
“RM15 juta khusus untuk pasukan Harimau Malaya, pengurus, jurulatihnya yang terbaik supaya beberapa tahun kita dapat angkat Harimau Malaya di antara gergasi di Asia,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
Esok Harimau Malaya akan bertemu Filipina dalam aksi pertama Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
BACA JUGA Sanusi mengaku ‘tangkap’ orang yang nak tangkap beliau
Â