Heboh ancaman buaya di Tasik Shah Alam, ini peringatan MBSA
Orang ramai supaya berhati-hati ketika beriadah di Tasik Shah Alam, Seksyen 7 susulan satu hantaran dimuat naik di Facebook berhubung kemunculan seekor buaya di Kawasan riadah itu.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengingatkan hal tersebut menerusi notis yang dimuat naik di laman sosial rasminya.
“Lanjutan daripada ‘posting’ di Facebook, terdapat kehadiran seekor buaya di Tasik Shah Alam Seksyen 7, MBSA menerusi Jabatan Kesihatan dan Persekitaran dan Jabatan Perhilitan mengambil maklum perkara itu dan sedang mengambil tindakan lanjut.
“Orang ramai diminta berhati-hati ketika beriadah di Taman Tasik Shah Alam. Seksyen 7,” menurut MBSA.
Kemunculan seekor anak buaya tembaga sepanjang 0.6 meter di pam air tasik itu menggemparkan orang ramai pada 2019.
Binatang berbahaya itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan 9.30 pagi sebelum menghubungi pihak bomba.
BACA JUGA ‘Durian runtuh’ RM15 juta buat Harimau Malaya, PM sendiri akan pantau