Jumlah pelaburan meningkat lagi? Mengapa? Ini sebabnya…
Jumlah pelaburan yang diluluskan untuk separuh pertama tahun ini melonjak 18 peratus tempoh sama tahun lalu. Jumlah pelaburan tahun ini adalah RM160 bilion, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kesemua pelaburan ini melibatkan hamper 3,000 projek baru yang akan membuka lebih daripada 79,000 peluang pekerjaan untuk rakyat.
“Ini menunjukkan agenda reformasi oleh kerajaan membuahkan hasil terutamanya dengan KDNK sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024 dan 5.9 peratus pada suku kedua 2024 melangkaui jangkaan awal.
“Ringgit juga telah mengukuh ke tahap RM4.37,” kata beliau dalam ucapannya semasa sambutan ulangtahun ke-30 Khazanah Nasional di MITEC hari ini.
Beliau turut menggesa para pemimpin politik agar tidak mencampuri urusan perniagaan dan perdagangan.
“Kita telah memastikan dasar yang mengutamakan pembangunan dengan fokus nilai saksama yang turut mementingkan keuntungan syarikat dan kebanjukan pekerja. Saya masih ingat Ketika Tengaga Nasional diswastakan, laporan tahun pertama dibentang dan saya bertanya perihal pekerja di peringkat bawahan.
“Bagaimana dengan gaji mereka? Apa nasib anak di sekolah? Jangan bebankan kerajaan kerana semua badan swasta memperoleh banyak wang,” kata beliau.