SG4 Group: Mana tokoh, pemikir dalam pembangkang?
Oleh NAZRI HAMDAN
Baru-baru ini negeri pembangkang umum mereka dah tubuhkan syarikat SG4 untuk bagi hasil sama rata pada negeri pembangkang.
Konsep ini hadir sebab negeri-negeri ini memiliki peratusan milikan yang sama iaitu 25 peratus masing-masing.
Sekali pandang nampak macam adil. Tapi ada kelemahan besar.
Pertama sekali, saya tidak percaya dengan campur aduk politik dan bisnes. Perkara ini akan wujudkan konflik pada masa depan berpunca dari ketidaksefahaman politik.
Mineral unsur nadir bumi (REE) adalah antara hasil yang dijangka akan memberi pulangan lumayan pada SG4.
Namun, mereka kata mereka tidak menjual raw material. Mereka nak jual yang sudah diproses sebab nilainya akan meningkat berkali ganda.
Tapi kena faham juga bukan semua negeri yang akan boleh bagi sumbangan dan produktiviti yang sama dalam aktiviti menjana hasil ni.
Ada negeri yang bajet tahunan dia hampir RM 2 bilion dan ada negeri yang bajet dia hanya RM 300 juta.
Kalaulah hasil/untung dibagi sama rata, maksudnya secara komparatif negeri yang paling dapat untung adalah negeri yang paling kecil, paling kurang penduduk, paling kurang produktif tapi tetap dapat kongsi hasil yang sama.
Jadi, walau ia nampak macam adil, tapi dari segi praktikal, ia tetap tidak adil.
Kedua, sekarang ni negeri pembangkang 4 negeri ini bergabung. Tapi politik adalah dinamik. Kena ingat ya, bila nak proses REE ni jadi high value added goods kena ada pelaburan yang tinggi.
Pelaburan yang tinggi ada return on investment (ROI) yang akan ambil masa bertahun-tahun sebelum jadi positif.
Pada masa ia jadi positif, PRU berlaku dan 4 negeri pembangkang ini daripada 4 jadi 2 sebab vote swing, ataupun perpecahan politik.
Adakah untung masih nak diberikan kepada negeri-negeri yang tak lagi jadi negeri pembangkang?
Walhal negeri ini dah ada shareholding percent yang sama dan mereka dah tunggu bertahun sebelum ROI jadi positif?
Adakah bermaksud mereka nak kena jual share mereka sebab mereka bukan lagi negeri pembangkang?
Macam mana pula ada lagi satu PRU, kemudian negeri pembangkang jadi 1 negeri pula dan negeri paling banyak keluarkan REE paling banyak sudah tidak lagi jadi negeri pembangkang?
Bisnes yang baik dan berdaya saing perlulah kompetatif dan kena keluar dari kepentingan politik.
Last but not list, jangan salah faham maskud saya ya, Tun M adalah seorang yang hebat dan berpengalaman.
Tapi takkanlah dalam negeri pembangkang sebanyak empat negeri ni tak ada tokoh dari mereka sendiri boleh diharapkan untuk lead projek ni?
Mana tokoh-tokoh hebat dan pemikir dalam pembangkang?