SG4: Sanggupkah Sanusi berkongsi?
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi mempersoalkan samada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedia berkongsi dengan tiga kerajaan negeri lain di bawah SG4
“Apa akan jadi kepada Syarikat SG4 jika satu atau dua kerajaan negeri PN bertukar tangan?” Beliau menyoal menerusi laman Facebook.
“Terengganu, Kedah dan Perlis bukan mustahil dirampas semula oleh BN.
“Akan timbul banyak masalah baik dari segi pekerja, aset, saham dan lembaga pengarah. Tidak pernah 4 negeri berkongsi buat satu syarikat.
“Sanusi pula tidak suka kongsi kongsi. Takut Sanusi kata, “Kedah rugi sejak Tuhan buat dunia ini lagi”.
“Justeru penubuhan syarikat SG4 ini bermotif politik bukan perniagaan. Apa lagi penasihatnya adalah Tun M.
Persoalan tersebut dilontarkan kerana kerajaan Kedah pimpinan Sanusi akan menyaman Pulau Pinang dalam isu tuntutan caj air mentah.
“Kedah rugi sejak Tuhan buat dunia ini lagi, tak tahulah berapa,” Sanusi dilaporkan berkata.
SG4 ialah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan secara Bersama oleh empat kerajaan negeri pimpinan Perikatan Nasional yang akan berkongsi hasil.
Ia akan berkongsi hasil sumber ekonomi secara saksama melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis meskipun sumber seperti nadir bumi tidak sama rata.