Buat ‘content’ crush dengan pelajar sekolah rendah, ini jawapan tegas menteri
Sejak semalam tular sebuah akaun TikTok seorang lelaki dipercayai pemandu bas yang didapati banyak membuat kandungan video dengan menggunakan budak-budak sekolah rendah.
Salah satu video meletup di internet termasuklah rakamannya memerhati seorang murid sedang menyiapkan kerja sekolah di dalam bas dengan kapsyen “harini crush kita busy buat homework”.
Banyak lagi video-video yang dianggap jijik oleh pengguna media sosial kerana memaparkan wajah budak bawah umur tanpa kebenaran ibu bapa.
Lebih membimbangkan, perbuatan itu boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
Video tersebar itu berjaya menarik perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Dalam satu balasan di X, Nancy mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis terhadap pemandu itu.
Nancy berkata pihaknya sedia memberi kerjasama kepada D11 IPK Johor.
“Tingkah laku ini tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya dinormalisasi,” katanya dalam hantaran di X.
Hasil pemerhatian Harapan Daily di TikTok, pemilik akaun yang menggunakan nama ‘Abang Bas’ mempunyai hampir 650,000 pengikut dengan kebanyakan video terbarunya mencecah lebih 1 juta tontonan.
Wajah murid juga jelas kelihatan dalam video-video miliknya.
Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
BACA JUGA Fadhli Shaari ‘troll’ pertemuan PMX dengan Presiden Putin, tapi lain pula jadi