Kunci sajalah mulut dan jari, prestasi PM Anwar di pentas dunia teruji

Oleh LIYANA MARZUKI

Rusia dan Malaysia punya hubungan diplomatik sejak 1968. Ada titik putih dan hitam.

Bermula ketika Perang Dunia Pertama, kapal Rusia tenggelam di perairan kita, ada nelayan tempatan yang membantu. Mereka sudah kenal dan hargai kita sejak itu.

Apabila mereka cuba menjajah Afghanistan, Malaysia menyebelahi negara Islam. Makanya kita boikot Sukan Olimpik di Rusia pada 1980 Ketika pasukan bola kita kalahkan Korea dan layak masuk perlawanan.

Ketika hendak menghantar angkasawan Malaysia,kita tak hantar mereka ke Amerika. Kita minta tolong Rusia. Makanya kita letak orang kita di angkasa, atas bantuan mereka jua.

Tahun 2014, MH17 jatuh terhempas di jajahan Ukraine. Majoriti orang Malaysia yang terkorban nyawa. Mahkamah putuskan yang bersalah tertembak pesawat kita ialah orang Rusia. Kita saman untuk pampasan pula.

Tambah lagi, Rusia menjajah Ukraine, Malaysia bangkit menyangkal dengan lantang. Beberapa kali di pentas dunia, PM dan bekas PM kita bersuara.

Love and hate relationship dengan Rusia sudah lama.

Tapi inilah dinamika geopolitik dunia. Di kala kuasa Amerika makin merudum, China dan Rusia secara bersama dikatakan akan menjadi kuasa dunia baharu.

Tambah mereka dengan lantang dan selamba, membantai Israel-Amerika, mengenai isu Palestin mendekatkan mereka lebih dengan negara Islam dan OIC.

Saya ikuti perkembangan lawatan PMX ke Rusia baru-baru ini. Dari awal mula sampai, perbincangan dua hala dengan Putin hinggalah ke forum terbuka sepentas dengan Putin dan Naib Presiden China.

Truth be told, we are watching another Muslim World leader in the making. Baru 20 bulan jadi PM, sudah begini diterima oleh Rusia dan China.

Kalau diberi masa dan exposure. Boleh same league dengan Tun Mahathir dalam 22 tahun memerintah.

Yang pasti, prestasi beliau di pentas dunia, jauhlah meninggalkan PM8 dan PM9.

PM yang takut bertemu media antarabangsa. Bagaimanalah nak berdepan kuasa besar dunia? Nasib baik tempoh PMnya singkat sahaja.

Kalau pun anda membenci PMX, kena ingat yang hadir sepentas dan bertepuk tampar dengan Presiden Putin minggu ini, bukan Presiden Pakatan Harapan atau Parti Keadilan.

Yang beri ucaptama dan menerima tepukan gemuruh pemimpin dan penonton antarabangsa, beliau adalah Perdana Menteri Malaysia: Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kalau pun sakit mata, kunci sajalah mulut dan jari anda. Beliau membawa obor negara, tak salah kita tumpang berbangga.

BACA JUGA Bahana ‘Abang Bas’, orang ramai dinasihat tahu lindungi anggota seksual anak