BRICS pesaing kepada Amerika Syarikat? Ini penjelasan dutanya
Amerika Syarikat tidak melihat BRICS sebagai pesaing geopolitik system Barat, sebaliknya memandangnya sebagai penambahbaik kepada pengaruh AS.
Perkara ini diutarakan oleh duta AS ke Malaysia Edgard D Kagan yang menyatakan bahawa Washington faham kesungguhan Malaysia untuk menyertai BRICS demi kepentingan ekonomi.
“Saya rasa kita melihat BRICS sebagai penambahbaik kepada pengaruh AS kerana ia hasil cetusan ide Goldman Sachs – sebuah ide Amerika yang dilaksanakan negara yang terbabit.
“Tapi ia juga dilihat sebagai lawan kepada system Barat.
Idea BRICS dicetuskan oleh ahli ekonomi Golden Sachs pada 2001 dengan potensi untuk menjadi ekonomi paling maju menjelang 2050.
Ia dipengerusikan oleh Rusia dan KDNK bersamanya bernilai AS$25.85 trilion pada 2022.
Kagan yang ditemuramah oleh NST menegaskan bahawa AS tidak menentang BRICS memandangkan ia rakan dagang kepada tiga daripada lima anggota asal BRICS.