Kaedah penghalaan pengurusan Domain Name System (DNS) dihentikan
Kaedah penghalaan pengurusan Domain Name System (DNS) yang telah dikritik oleh pelbagai pihak telah dihentikan, umum Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
“Mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui sesi libat urus SKMM serta khalayak umum, saya telah minta SKMM agar tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan DNS,” umum beliau menerusi laman sosial X.
Pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan DNS telah dikritik oleh banyak pihak termasuk Adun Lembah Jaya Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Al-Haddad.
Kaedah ini diperkenalkan untuk mengatasi masalah jenayah atas talian seperti perjudian, persundalan dan pornografi.
Dalam pada itu, Fahmi turut memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan keselamatan masyarakat.