Yakin dengan Kok, DAP beri nasihat guaman

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook mengesahkan bahawa Biro Guaman parti akan memberikan nasihat guaman kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

“Biro Guaman DAP akan menemani dan memberi nasihat undang-undang kepada YB Teresa Kok dalam proses tersebut dan akan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis.

“Pucuk pimpinan DAP yakin bahawa YB Teresa Kok tidak melanggari undang-undang dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen dengan menyampaikan pandangan terdapat sesuatu dasar kerajaan,” kata Loke dalam satu kenyataan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa kertas siasatan ke atas Kok telah dibuka mengikut seksyen 298 Kanun Keseksaan, seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Selain itu siasatan juga akan menjurus ke arah siasatan 3R.

Kok telah membidas cadangan Jakim untuk mewajibkan restoran syarikat makanan memiliki sijil halal, kecuali premis menjual babi dan minuman alcohol.

Menurut Kok sijil halal akan membebankan operasi perniagaan kecil dan sepatutnya bersifat sukarela.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa tentangan Kok adalah pendirian peribadi Kok.