Netizen korek siapa ‘Puan Mira’ kontraktor kantin MRSM Taiping
Identiti ‘Puan Mira’ yang didakwa sebagai kontraktor bertanggungjawab mengendali dewan selera Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping, berjaya dikorek pengguna media sosial.
Dalam satu hantaran di Facebook, pengguna bernama Ariff Lias mendedahkan beberapa keping gambar ‘Puan Mira’ yang dikatakan isteri kepada seorang panglima tentera.
Namanya menjadi bualan selepas bertindak kurang sopan ketika dihubungi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Asyraf Wajdi yang dalam lawatan mengejutnya ke MRSM Taiping baru-baru ini telah menghubungi kontraktor kantin MRSM tersebut untuk mendapatkan penjelasan.
Apa yang membuatkan ramai tidak berpuas hati adalah respon wanita itu yang angkuh.
Dia mempertahankan diri, mengatakan pihaknya tidak dapat mengelak dari najis cicak dan tidak sempat melakukan pembersihan kerana tidak cukup kakitangan.
“Kita boleh tahan cicak dari berak ke Dr?,” demikian antara jawapan balasnya kepada Asyraf ketika ditanya mengenai najis cicak di kawasan penyediaan makanan.
“Rupanya inilah Puan Mira pengusaha kantin MRSM Taiping yang pelajarnya keracunan makanan. Isteri seorang panglima tentera.
“Mungkin disebabkan itu, dia fikir perut anak anak di MRSM tu macam perut komando,” kata Ariff.
Kira-kira 31 pelajar dilaporkan keracunan makanan dan dikejarkan ke hospital pada 30 Ogos lalu.
Menerusi video yang dikongsikan Facebook Asyraf Wajdi, wanita terbabit yang dikenali sebagai ‘Puan Mira’ enggan memberi kerjasama dan mengemukakan pelbagai alasan tidak munasabah.
Dia juga didakwa menetap di Sarawak walhal mendapat tender menguruskan dewan selera di MRSM Taiping.
BACA JUGA Sanusi tipu bila nafi isteri nombor 2 tak terlibat dalam siasatan kes nadir bumi