Wang 1MDB jadi habuan Pharell Williams, Kim Kardashian
Sejumlah AS$2.4 juta (RM10.46 juta) telah dipindahkan dari akaun 1MDB ke akaun selebriti Amerika Syarikat Kim Kardashian dan pemuzik Pharrell Williams menerusi syarikat Good Star Bhd milik Low Taek Jho.
Syarikat tersebut hanya wujud di atas kertas.
Pemindahan wang tersebut telah didedahkan oleh penyiasat penipuan kewangan Richard Templeman ketika memberi keterangan dalam kes saman AS$6.59 buluon oleh 1MDB ke atas mantan setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan mantan ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Menurut Templeman, siasatannya mendapati AS$1.03 billion telah dipindah menjelang 25 Oktober 2011 kepada Good Star.
“Dana ini dipindahkan menerusi satu siri syarikat luar pesisir dan digunakan untuk kepentingan peribadi mereka yang bersubahat dan saudara mara dan kenalan mereka.”
Beliau turut mendedahkan AS$2025000 telah dipindahkan ke Suntrust Bank di bawah nama Tamamasca Inc.
Transaksi pemindahan wang di antara 11 Ogos dan 17 Nov2011 telah dikategorikan sebagai “sebahagian bayaran penerbitan muzik beserta surat perjanjuan dengan Red Spring Investment dan Pharrell Williams/ Talamasca.
Beliau turut mendedahkan bayaran sebanyak AS$306,000 dibuat kepada bintang TV Kim Kardashian dan diikuti dengan US$100,000 kepada Kardashian dan suaminya ketika itu Kris Humpries.
Tujuan pembayaran tidak diketahui.
Pendengaran kes hari ini adalah kerana 1MDB menyaman kedua-dua Irwan dan Arul Kanda atas tuduhan menyebabkan kerugian bernilai AS$1.83 bullion dalam pelaburan 1MDB – Petrosaudi Bhd yang kemudian menjadi pelaburan Brazen Sky Limited.
Kedua-dua tertuduh juga dituduh menyalahgunakan dana AS$3.5 billion untuk membayar Aabar Investments dan AS$1.265 billion kepada International Petroleum Investment Company pada Mei 2017.
Selain itu 1MDB turut menuduh Irwan bersubahat dengan Arul Kanda untuk melanjutkan kontrak kerja yang menyebabkan Arul Kanda mendapat bayaran RM2,905,200.