Empat pertuduhan Jana Wibawa ke atas Muhyiddin kekal
Empat pertuduhan salahguna kuasa berkaitan program Jana Wibawa ke atas mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan
Empat pertuduhan ini membabitkan salahguna wang bernilai RM232.5 juta.
Panel Mahkamah Rayuan pagi ini telah menolak permohonan semakan keputusan awal dan telah mengembalikan semula pertuduhan jenayah.
Ketika dibicarakan di peringkat mahkamah tinggi, Mahkamah TInggi Kuala Lumpur telah membatalakan empat pertuduhan tersebut yang dianggap cacat dan tiada butiran lengkap pada 15 Ogos.
Mahkamah Rayuan mengubah keputusan tersebut dan Muhyiddin memohon semakan kehakiman ke atas keputusan tersebut.
Keputusan penolakan semakan kehakiman ini bermakna kes ini akan didengar semula di Mahkamah Sesyen.
Empat pertuduhan tersebut adalah seperti berikut:
Di bawah seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, Muhyiddin dituduh menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan presiden Bersatu untuk mendapatkan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu di antara Mac 2020 dan Ogos 2021.
Tiga syarikat tersebut adalah Bukhary Equity, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd manakala individu tersebut adalah Azman Yusoff
Tiga tuduhan lain berkait dengan seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001