Harga RON97 dan diesel terus turun setiap minggu, esok berkurang 15 sen
Terus menyaksikan penurunan setiap minggu, harga RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing turun sebanyak 15 sen berkuat kuasa esok sehingga 18 September.
Ini bermakna harga baharu untuk setiap liter RON97 adalah RM3.25 manakala RM3.01 bagi diesel.
Penurunan harga runcit petroleum sebanyak 15 sen itu adalah tertinggi direkodkan sejak Ogos lalu.
Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan kerajaan telah menurunkan sebanyak 34 sen seliter bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan turun 22 sen bagi harga petrol RON97.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global dan juga menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut MoF hari ini.
BACA JUGA Gempar diajar cara seks luar tabii, polis selamatkan 402 kanak-kanak dan remaja