Raja Petra tinggalkan kita dengan mesej penting
OLEH AHMAD MURSI
Inna Lillahi Wa Inna ilaihi rajiun. Semoga Allah ampunkan dosanya dan merahmatinya.
Baru sahaja dengar penerangan arwah RPK berkaitan isu 1BestariNet dan strategi bijak PMX berkaitan BRICS, tak sangka Allah terus menjemputnya.
Beberapa minggu lepas, arwah RPK sempat perjelaskan, kenapa dia tak akan sama sekali panggil DS Anwar Peliwat hingga cytro PN begitu marah kepadanya.
Kerana dia ikuti perbicaraan kes itu dari awal dan tau apa yang berlaku dalam mahkamah. Yang berumur 40 tahun kebawah, mereka tak ikut secara langsung sepertinya.
Arwah turut memetik keperluan 4 saksi seperti disyaratkan dalam Surah An-Nur ayat 4.
Pada saya, Kes itu berlaku disebabkan pertembungan politik Mahathir dan DS Anwar, sebab itu ada asas untuk saya fikir bahawa perbicaraan itu susah untuk berjalan dengan tenang dan baik tanpa apa-apa gangguan.
Arwah Ustaz Fadhil Noor dari awal pertahankan PMX manakala Mahathir juga akui ada komplot membayar pihak-pihak yang terlibat.
Dalam live, podcast atau group-group WhatsApp, walaun tua atau muda, berlumba-lumba memainkan isu liwat dan berkongsi sticker dan lain-lain. Pakai kopiah, nampak Islamik, tapi komen qazaf mereka deras.
Sempat ke tidak mereka bertaubat sebelum mati? Kerana qazaf ini satu dari 7 dosa besar (Sab’ul Mubiqaat). Nak hilangkan dosa itu kena datangkan 4 saksi.
Pembuktian kesalahan seksual dalam Islam sangatlah susah. Jika bawa 3 saksi sahaja, tetap kena sebat qazaf. Kerana Islam syaratkan 4 saksi adil lihat dengan mata kepala sendiri jelas dan terang seperti burung masuk ke sangkar. Tak cukup 4, senyap lebih baik.
Jenayah qazaf berlaku dengan berterus terang (seperti ucapan Radzi Jidim di Parlimen) atau sindiran (kinayah) seperti contoh ucapan ‘main planta.’
Ringan untuk dimainkan, tapi hal itu sangat berat di sisi agama.
Pemimpin PAS hari ni, kerap menyindir ‘luar tabi’i’ dalam pelbagai hal yang pengikut anggap tuduhan Qazaf itu biasa dan wajar.
Allah berfirman: “Dan mereka berkata, ‘Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, berikanlah kepada mereka azab dua kali ganda dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.'” (Surah Al-Ahzab: 67-68).