Jualan Ehsan Rahmah di 4 lokasi pagi ini, ayam seekor RM10, beras pun ada
Penduduk Selangor boleh kunjungi program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang diadakan di empat lokasi pagi ini.
Bermula 10 pagi, orang ramai berpeluang membeli ayam serendah RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).
Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang berakhir 1 tengah hari itu turut menawarkan ikan kembung pada harga RM6 satu pek, minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).
Empat lokasi jualan murah hari ini antaranya di Tapak Pasar Malam Taman Maznah, Sentosa; Surau Kg Tok Khalifah, Sabak; Balai Raya Kg Tumbuk, Tanjung Sepat; dan kawasan tempat letak kenderaan BK5A/1, Kinrara.
Untuk rekod, JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.
Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.
Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.
BACA JUGA Perdana Menteri sibuk pun masih sempat bersenam