Lepas cerai Ira Kazar, Syamsul Yusof akhirnya bersatu dengan ibu bapa

Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof akhirnya kembali bertemu kedua orang tuanya selepas bertahun-tahun tidak pulang ke rumah.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Datin Patimah Ismail dalam satu hantaran di Instagram malam tadi.

Lebih mengujakan, kelibat bekas isterinya Puteri Sarah Liyana turut dilihat dalam pertemuan keluarga itu.

Syamsul juga kelihatan mesra berpelukan dengan kedua ibu bapa sambil mendukung anak perempuannya, Sumayyah, 4.

Perkongsian itu sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa Syamsul sudah berbaik dengan ibu bapa dan Puteri Sarah demi anak-anak.

Sebelum ini Datuk Yusof Haslam memberitahu sudah hampir lima tahun anaknya itu tidak pulang ke rumah sejak berlaku pergolakan rumah tangga dengan Puteri Sarah sehingga membawa kepada perceraian.

Untuk rekod, Syamsul dilaporkan sudah lama tidak berhubung dengan keluarga selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan Puteri Sarah hingga membawa kepada perceraian pada tahun lalu.

Pengarah Mat Kilau itu kemudian mengumumkan telah mengahwini Ira Kazar secara rahsia di Selatan Thailand.

Tetapi mahligai dibina tidak berkekalan selepas dilaporkan bercerai 5 September lalu kerana wujud pelanggaran taklik daripada pihak isteri.

BACA JUGA Ramai ‘menyumpah’ kes kanak-kanak di Global Ikhwan diliwat, diajar liwat