Persamaan taksub GISB dan taksub politik 

OLEH  AHMAD MURSI 

Candu agama. Dulu, bila pertama kali dengar frasa ni, saya rasa macam agama saya diserang, jadi saya terus tolak.

Tapi, lepas kaji fenomena Al-Arqam dan GISB, lama-lamq frasa tu mula masuk akal dalam sesetengah keadaan. Dr. Maza juga sebut frasa ni semasa bongkar pasal GISB.

Berlaku ketaksuban pada tokoh agama yang hidup mewah dan ambil kesempatan menunggang rasa ‘cinta agama’ pengikut mereka, untuk penuhi kepentingan sendiri.

Tafsiran agama yang salah jadikan pengikut taksub melampau dan susah nak bezakan mana agama, mana pula manipulasi.

Ahli yang terlibat ni tak sedar yang sebenarnya mereka tersesat. Pemikiran mereka terperangkap dalam ‘bubble’ yang dipenuhi dengan nasihat ‘pemimpin rohani’ mereka.

Kalau ada orang luar cuba beri pandangan lain, terus dianggap ancaman. Inilah yang buat fikiran mereka berada dalam dunia tertutup. 

Sesiapa yang keluar dari ‘Jemaah Islam’ tu dianggap ‘musuh agama’ atau ‘pengkhianat’ dan ‘mesti dihapuskan’ dengan gangster.

Pengikutnya terikat dan dibelenggu dengan cara fikir ini dan susah nak lepas. 

Anak-anak diasuh di sekolah tersendiri dari awal untuk jadi pekerja perniagaan mereka. Tanpa sedar mereka sebenarnya diperguna untuk kepentingan pihak tertentu.

Inilah contoh kes nyata bagaimana ‘Ulama Jahat’ yang diangkat telah menyesatkan pengikutnya, walaupun mereka telah tiada lagi.

Hal-hal mistik, mimpi-mimpi hebat, kisah karomah, naratif sesat sering digunakan untuk agungkan tokoh mereka.

Ketaatan mutlak sebabkan pengikut tak berani nak kritik kelemahan pemimpin mereka kerana itu dianggap ‘tuntutan agama’. Otak bijak, jadi mandul.

Mereka nafi pemimpin mereka maksum, tapi sebarang kesilapan tidak boleh dikritik kerana tokoh mereka dianggap paling faham agama.

𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗦𝗔𝗪 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 (𝗪𝗮𝘀𝗮𝘁𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵), 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗺𝗽𝗮𝘂, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗰𝘂𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮.

Sabda Nabi: “Sesungguhnya agama itu mudah, dan tiada yang memberatkannya melainkan akan kalah. Maka beramallah dengan sederhana, dekatkan diri kepada kebenaran, dan bergembiralah dengan pahala yang akan diterima.” (Riwayat al-Bukhari, Hadith No. 39)

Tidak cukup dengan itu, Nabi juga suruh kita perangi Ghuluw – orang yang melampau dalam agama seperti hal Khawarij. Ibadah kuat, mahir Al-Quran, tapi mereka tercabut dari agama akibat Ghuluw dan Takfiri.

Fenomena ni bukan hanya berlaku dalam perniagaan seperti GISB, tapi lebih ekstrem berlaku di medan politik.