Acara himpunan RXZ promosi vape, syarikat vape jadi penaja

Sebuah laman Facebook Public Health Malaysia mendakwa bahawa penganjur Perhimpunan RXZ melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dengan membenarkan syarikat vape menjadi penaja utama.

“Mereka telah menyalahgunakan platform ini untuk mempromosikan produk yang membahayakan kesihatan awam, terutamanya kepada golongan muda.”

Seramai 80,000 peserta Perhimpunan RXZ yang berlangsung di Kuala Nerus, Terengganu kini terdedah kepada vape, dakwa PHM.

Selain itu, PHM turut mengkritik pengedaran vape dalam pakej baju-T rasmi.

“Ini adalah pencabulan jelas undang-undang yang melindungi masyarakat kita daripada bahaya produk vape, terutama bagi golongan muda yang mudah terpengaruh. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa taktik kotor ini!

“Tindakan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, tetapi ia juga mencemarkan nama acara dan memberi contoh buruk kepada masyarakat,” kata PHM.