Islam sebagai penyelesaian: Hadi cakap, Anwar laksanakan

OLEH AHMAD MURSI

Jika tema ucapan Hj Hadi di Muktamar PAS 2024 ‘𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘚𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘗𝘦𝘯𝘺𝘦𝘭𝘦𝘴𝘢𝘪𝘢𝘯’, tahun 1978 pula, DS Anwar sebagai Presiden ABIM telah punyai buku bertajuk ‘𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘱𝘦𝘯𝘺𝘦𝘭𝘦𝘴𝘢𝘪𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘔𝘢𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘔𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘔𝘢𝘫𝘮𝘶𝘬’.

Umur keduanya sebaya 77 tahun dan sama-sama lahir dari gerakan Islam.

Sejak 80-an, memang asyik mendengar pidato Hj Hadi, indahnya konsep negara Islam dengan segala teori dan romantika sejarah Islam.

Takdir Allah, Hj Hadi hanya berpeluang 33 bulan menjadi kerajaan pusat sejak 46 tahun dalam politik. DS Anwar pula 18 tahun jadi Menteri dalam 42 tahun.

Hj Hadi diingati dengan legasi ‘AMANAT HJ HADI’ yang pecah belah masyarakat dan jadi punca MEMALI, selain dari legasi sebagai Duta Khas yang dikatakan ‘makan gaji buta’.

Anwar pula diingati banyak legasi membina negara yang dilaksanakan sebagai menteri pelbagai portfolio sejak 80-an.

Bila difikirkan, besar hikmah 33 bulan Hj Hadi Tebok Atap. Allah nak tunjuk, tiada satu pun teori Hj Hadi dapat dilaksanakan bila kuasa ditangannya. Gangguan ‘kerengga’ hanya alasan.

‘Perlembagaan Penjajah’ tidak berubah. Hudud dikata ‘soalan syaitan’. Teori ‘ekonomi Islam’ yang dijaja tak dibuat apa pun.

Minda Hj Hadi masih tersekat di zaman kehebatan khilafah silam, tapi dia sendiri gagal terjemah semuanya dalam realiti hari ni.

Kasar dan melampau kecaman Hj Hadi terhadap kerajaan Madani dengan gunakan kuasa agama termasuk takfiri apabila samakan Madani dengan kelompok munafik zaman Nabi SAW.

Hj Hadi menuduh agamawan yang bersama ‘pemimpin zalim dan jahil’, ‘meminda agama dan mencipta agama sendiri’. Walhal kita sesama Islam.

Hanya Khawarij yang selalu merendahkan tahap agama mukmin lain disebabkan perbezaan politik.