Penstrukturan dalaman PKR: Fuziah ambil alih jawatan Saifuddin
Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini mengumumkan bahawa Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan melepaskan jawatan Setiausaha Agung parti kepada Senator Fuziah Salleh.
Saifuddin akan fokus kepada tugas sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, anggota Biro Politik PKR dan ahli Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.
Fuziah pula akan melepaskan jawatan pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang kepada timbalannya Rizal Jamin.
Di negeri Perak, pengerusi MPN baharu ialah Hairul Amir Sabri. Chang yang menyandang jawatan tersebut kekal sebagai naib presiden parti.
Azlan Helmi ialah timbalan pengerusi yang baru.
MPP turut mengumumkan penubuhan jawatankuasa pengurusan.