PN tolak MOU dana peruntukan kawasan, Hamzah tunggang hak Melayu sebagai sebab

Perikatan Nasional telah mengambil keputusan untuk menolak draf memorandum persefahaman (MOU) yang dikemukakan oleh kerajaan yang akan membolehkan semua ahli parlimen memperoleh peruntukan kawasan masing-masing.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata PN menolak draf memorandum tersebut berdasarkan empat sebab.

Hamzah mendakwa MOU tersebut akan menjejaskan kepentingan dan hak orang Melayu dan Bumiputera yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan

“Draf MOU ini juga mengandungi syarat yang bertentangan dengan nilai tradisional, budaya, moral, agama dan tempatan.

“Ia boleh disalahtafsir ke arah salahguna kuasa. Ia tiada mekanisme jelas dan ini boleh menyebabkan pelanggaran syarat, ketidakpatuhan sebelah pihak dan sebagainya.”

Hamzah turut mendakwa MOU tersebut mengandungi perkara yang mengekang hak bersuara memandangkan ahli parlimen mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara bagi pihak rakyat.

“Fourth, this draft MOU also contains matters that are seen as restricting the freedom of speech of MPs, where each MP has the right and immunity to speak on behalf of the people in accordance with Act 347 of the Parliament (Privileges and Powers) Act 1952,” said Hamzah.
ADS