Siapa jurucakap Pas Perlis di muktamar kini dalam sorotan

Salah seorang pembahas di Muktamar Pas ke-70 yang berlangsung di Temerloh yang mencuri tumpuan ialah Dr Mohd Saifizi Saidon.

Ucapannya pedas terhadap kepimpinan ulama yang mempertahankan para pemimpin yang berkaraoke dan salah guna kuasa membabitkan Menteri Besar Perlis Datuk Mohd Shukri Ramli.

Pemimpin yang berkaraoke merujuk kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Namun siapa Saifizi yang sebenarnya?

Saifizi merupakan timbalan dekan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik, Universiti Malaysia Perlis.

Ijazah sarjana sains yang diperoleh di dalam tahun 2013 adalah dalam bidang kejuruteraan mekatronik dan ijazah PhD yang diperoleh dalam tahun 2016 adalah dalam bidang yang sama.

Kedua-duanya diperoleh daripada Universiti Malaysia Perlis.

Ijazah sarjana mudanya diperoleh daripada University of Fukui, Jepun.

Bidang kajian beliau ialah system kecerdasan buatan, system kawalan dan rekabentuk kuasa elektronik.

Sejak tahun 2009, beliau sudah menerbitkan 12 penerbitan. Dua dari 12 adalah hasil persidangan.

Di dalam Pas, Saifizi Saidon ialah ketua penerangan Pas Perlis.