Wan Fayhsal sambut saman Rafizi, sedia subpoena macai ke mahkamah
Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyambut baik keputusan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli untuk menyaman beliau di mahkamah.
“Fitnah celah mananya Rafizi. Hang menggelupur apa pasal? Bring it on. Cant wait to subpoena all the macais, reveal everything in court and let the evidence speak for themselves!
“The rakyat and tax payers must know the TRUTH about these political appointments.
“Ini ekoran daripada tuduhan yang dibuat oleh Fayshal terhadap beberapa pempengaruh yang dituduh sebagai macai atau cybertrooper.
Fayshal turut mendakwa bahawa Rafizi menyeleweng wang kementerian untuk membayar gaji macai.
Antara pempengaruh yang turut dinamakan ialah Nazri Hamdan yang mengetengahkan perkara berkaitan ekonomi dan perniagaan.
Dalam pada itu, Rafizi turut membangkitkan persoalan berkenaan perubahan tuduhan yang dibuat oleh Fayshal terhadapnya di X.
“Ni tak pernah lawan kes sivil di mahkamah ni, sebab tu tak berhati-hati fitnah orang.
“Ha3 good luck “subpoena” macai (konon) dalam kes sivil 😂
“Belum apa-apa dah konar baring tukar subject jadi political appointments.
“Tuduhan asal -> seleweng duit kementerian bayar macai belaan 😜
“Saya takkan komen lebih lepas ni sebab jadi kes saman di mahkamah!