Tular tak puas hati anggap Khairul Aming ambil staf semuanya Melayu, ini respon netizen
Seorang pengguna X dilihat berang dengan personaliti media sosial yang juga usahawan Khairul Aming ketika seluruh negara meraikan Hari Malaysia.
“Anda berdakwah tentang perpaduan, tetapi kakitangan anda semuanya Melayu?” tulis @Sivavmn di platform X.
Itu reaksinya terhadap perkongsian Khairul Aming yang mengakui menitis air mata semasa menyunting video aktiviti Keretapi Sarong di ibu negara sempena Hari Malaysia.
Walau bagaimanapun, ahli biologi molekul berkenaan “disekolahkan” netizen termasuk mengingatkan lokasi kilang milik Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman.
Ini kerana dua kilang Sambal Nyet milik pemenang kategori Creator of the Year di TikTok Awards Malaysia 2023 itu terletak di Kelantan.
“Saya tidak fikir KA (Khairul Aming) ambil pekerja berdasarkan kaum. Kilangnya di Kelantan yang majoritinya orang Melayu jadi jangan kita timbulkan isu yang tidak perlu.
“Adakah dia hanya menerima orang Melayu dalam syarikatnya? Jika tidak, maka ia bukan satu isu. Kelantan majoritinya orang Melayu.
“Team dia (Khairul Aming) di Kelantan, kebanyakan penduduk di sana orang Melayu. Kau nak macam mana? Syarikat di bandar tak ambil Melayu, krik krik pulak kan? Semua benda nak jadikan isu, susah jugak ni.
“Laah, dia ada masukkan ‘Malay speaker only’ ke dalam job requirement dia?” demikian antara komentar warga maya.
BACA JUGA Ini sebabnya Fadillah dedah draf MoU peruntukan MP pembangkang