Malaysia dahului dunia dalam SDG
Malaysia mendahului pencapaian dunia dalam petunjuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berdasarkan analisis 248 petunjuk SDG, pencapaian Malaysia berada pada kedudukan sekitar 43 peratus berbanding pencapaian dunia yang berada pada tahap purata 17 peratus.
“Kita bersyukur daripada 248 petunjuk SDG, pencapaian Malaysia berada dalam kedudukan yang baik 43 peratus berbanding pencapaian dunia purata 17 peratus,” katanya pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia 2024.
SDG terdiri daripada 17 matlamat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2015 yang memperjuangkan agenda pembangunan dan kemaslahatan manusia dan Bumi.
Senarai 17 matlamat tersebut ialah seperti berikut:
Ketiadaan Kemiskinan
Kelaparan Sifar
Kesihatan dan Kesejahteraan Baik
Pendidikan Berkualiti
Kesaksamaan Gender
Ai Bersih dan Sanitasi
Tenaga Berpatutan dan Bersih
Pekerjaan sesuai, Pembangunan ekonomi
Industri, inovasi dan infrastruktur
Mengurangkan ketidaksamaan
Bandar dan masyarakat mampan
Penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab
Tindakan iklim
Kehidupan air
Kehidupan darat
Keamanan, keadilan dan pertubuhan kukuh
Kerjasama demi matlamat