Tersingkir di China, Lee Zii Jia pulang awal

Nama pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia muncul sohor kini di platform X susulan kalah dalam Terbuka China 2024 seawal pusingan pertama, hari ini.

Pemain yang mencipta sejarah meraih pingat gangsa di pentas Olimpik Paris 2024 itu kecundang di tangan pemain Jepun, Koki Watanabe.

Dalam permainan straight set 15-21, 2-21 selama 29 minit itu, Zii Jia terpaksa akur untuk pulang awal walaupun mendahului di awal permainan pada set pertama.

Watanabe yang juga pemain ranking ke-14 dunia mencatat kemenangan mudah apabila meninggalkan Zii Jia cukup jauh pada set kedua.

‘Enjin’ pemain ranking ketiga dunia itu seakan belum panas untuk beraksi di kejohanan kedua selepas Olimpik Paris 2024, lapor Astro Arena.

BACA JUGA Keadaan tapak penuh sampah selepas program RXZ Members tular