Video pemuda masukkan semula sampah ke dalam kereta negara jiran jadi bualan
Satu video tular di media sosial apabila sebuah kereta yang menggunakan nombor pendaftaran kenderaan dari Singapura membuang sampah di jalan raya ketika sedang berhenti di lampu isyarat merah.
Tindakan tidak bertanggungjawab pemilik kereta tersebut hanya mengundang malu apabila seorang lelaki rakyat Malaysia ‘mengajarnya’ dengan cara yang paling halus.
Dari video dikongsi Facebook Oh!Media, seorang pemandu yang berada di tempat kejadian telah bertindak turun dari kenderaannya sebelum mengutip sampah dipercayai dibuang oleh kenderaan warga Singapura itu.
Dia kemudian memasukkan semula sampah itu ke dalam kereta terbabit menerusi tingkap yang terbuka.
Tanpa menimbulkan kekacauan, lelaki itu kemudian berbalik masuk ke keretanya.
Tindakan beraninya ternyata membuatkan ramai berpuas hati, selain turut mengkritik sikap pengotor rakyat republik itu.
Beberapa pengguna berkata, rakyat Singapura hanya menjadi pembersih di negara mereka sendiri kerana takut didenda, tetapi sebaliknya masih lagi pengotor kerana membuang sampah merata-rata di negara orang.
“Orang Singapura ini hanya jadi pembersih di negara mereka sendiri. Mereka takut kena tangkap dan didenda. Masuk Malaysia jadi pengotor dan buang sampah sesukahati je.
“Manakala orang Malaysia sudah mula jadikan budaya jaga kebersihan secara sukarela walaupun tiada polis menangkap kerana buang sampah,” kata Zulkiflee.
“Terbaik. Rakyat Singapura kebanyakan bila dalam negara je ikut undang-undang sebab nak elak kena bayar saman. Masuk Malaysia mereka lagi teruk,” kata cucu Sarip Dol.
“Kita ni sanggup letak plastik sampah dalam kereta kalau jenis makan dalam kereta lepas tu singgah mana-mana RNR buang dalam tong sampah atau smpai rumah buang. Tapi kalu daj jenis self centered ni elok saman baru ada akai kot sebab duit poket kena keluar untuk bayar saman,” kata Datin Amy pula.
BACA JUGA Keadaan tapak penuh sampah selepas program RXZ Members tular