Shuhaily jijik dengan penemuan siasatan GISBH
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan jijik dengan hasil siasatan kes Op Global membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan),” katanya ringkas kepada BH.
Menurutnya seperti kelaziman, beliau tidak boleh bercakap banyak mengenai kes yang telah menyaksikan 13 kanak-kanak setakat ini disyaki diliwat itu.
“… saya pun tak akan komen banyak (sebab kes dalam siasatan).
“Apa yang saya boleh cakap hanyalah… kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan).
“Itu saja, terima kasih,” katanya semalam selepas sidang media khas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan berkaitan, tiga kes berkaitan GISBH dijangka dituduh di tiga mahkamah berasingan masing-masing di Putrajaya dan Negeri Sembilan hari ini.
Terdahulu, negara digemparkan dengan pendedahan terdapat 13 kanak-kanak yang menghuni di premis dikaitkan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan disyaki diliwat.
BACA JUGA Bimbang masjid dikuasai GISBH, ustaz ini tuntut JAIS bertindak