MAHA 2024: Menteri arah KPKM guna semua aset bas, van, bantu kelancaran pengunjung

Selepas menghentikan caj parkir di Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024, Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini mengarahkan agar semua aset seperti bas dan van diguna kesemuanya untuk pengunjung.

Beliau mengarahkan agar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menggunakan semua aset pengangkutan agensi itu untuk melancarkan perjalanan orang ramai dalam kawasan MAHA 2024.

“Saya telah mengarahkan KPKM untuk menggunakan semua aset bas, van, tram dan buggy yang ada di bawah agensi untuk membantu melancarkan perjalanan orang ramai di dalam kawasan MAHA 2024!,” katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook.

MAHA 2024 akan berlangsung dari 11 hingga 22 September ini.

Sepanjang lebih seminggu pameran berlangsung, pelbagai penambahbaikan dilakukan oleh Menteri antaranya mengarahkan supaya menyediakan tempat solat Jumaat lebih selesa untuk para pengunjung.

Ia berikutan sebelum ini pengunjung terpaksa menunaikan solat di bawah terik matahari tanpa khemah.

Selain itu Mohamad juga menghentikan caj parkir RM5 dan mengumumkan kemasukan secara percuma kepada semua pengunjung.

BACA JUGA Sijil halal kekal secara sukarela, bukan wajib